PRP One Stop Center

Untuk kemudahan. Sebenarnya semua boleh cari online je, haha. Tak baik betul aku menggalakkan bakal PRP jadi malas.

Kalau korang rajin, pergi ke website: www.pharmacy.gov.my dan boleh cari kebanyakan link di bawah dalam website ni.

Taklimat Pengenalan Latihan Siswazah bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)

-- Download PDF dia, dan baca laa maklumat berkaitan skop latihan, etika berpakaian, CUTI, tanggungjawab PRP dsbg.


Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)

-- Bila dah dapat tau kena campak negeri mana, usha-usha laa link ni untuk tau korang bakal dicampak/boleh mohon hospital mana pula.

-- Starting 2013 korang dah boleh mohon untuk menjalani latihan PRP di industri, komuniti, hospital swasta, atau research. Jadi kalau yang memang tak minat untuk kerja di hospital kerajaan, boleh laa mohon untuk buat PRP kat tempat-tempat ni pulak. Scroll page tu kebawah banyak-banyak ye.


Panduan Liberalisasi Latihan PRP di Sektor Swasta

-- Untuk panduan PRP yang nak buat latihan di community pharmacy, hospital swasta, industry, atau research.


Peperiksaan Perundangan Farmasi

-- Juga dikenali sebagai forensic exam.

-- Exam ni diadakan 3 kali setahun - selalunya bulan Mac, Jun, dan November. Kalau fail boleh repeat lagi. Kalau sampai habis PRP pun tak pass lagi, extend laa jawabnya. Penting ni penting.


Log Book PRP

-- Starting tahun 2014, JKN Johor dah tak bekalkan log book dah. Kena print sendiri. JKN lain, aku tak pasti.

-- Download laa yang berkaitan dengan korang. Kalau korang posting ke hospital kerajaan, total ada 9 departments = maka ada 9 log books.

-- Log book untuk private hospital, industry, dan community pharmacy pun ada kat sini.

-- Selain log book, kat sini ada macam-macam publication lain yang berguna untuk dibuat rujukan, maka rajinkan laa diri untuk tengok, ie garis panduan kaunseling, dsbg.


Clinical Practice Guidelines

-- Ni reference utama masa attachment clinical. Download laa CPG yang berkenaan dan study elok-elok.



P/S: Page ni mungkin akan di-update dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment