Showing posts with label Kenali Ubat Anda. Show all posts
Showing posts with label Kenali Ubat Anda. Show all posts

5 Jul 2016

Travel Jauh dengan Ubat?

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang tak tahu, ubat ni sensitif sebenarnya. Tak boleh terdedah pada panas dan sesetengah ubat kena letak dalam peti sejuk. So kalau nak travel jauh, ataupun nak balik raya di kampung, macam mana cara nak bawak ubat dalam kereta/kapal terbang?

Okay, BPF (Bahagian Perkhidmatan Farmasi) dah buat satu video yang ohsem berkenaan ni.


Petua Perjalanan Jauh dengan Ubat-Ubatan


Video ni berdurasi 6 minit. Kalau rasa malas nak tengok/internet slow nak load youtube, nah saya tuliskan semula isi video ni kat bawah.


Sebelum perjalanan

1) Rancang perjalanan, tahu bila nak pergi dan bila nak balik supaya dapat bawa bekalan ubat yang mencukupi

2) Semak preskripsi supaya anda bawa ubat yang betul (kalau boleh baca tulisan doktor tu laa.. :P )

3) Simpan ubat dalam bekas kedap udara

4) Bawa preskripsi (surat ubat) ketika bercuti 
- ini penting, in case ada kejadian yang tak diingini (cth: accident, ubat hilang, ubat tak cukup) dan anda perlu dapatkan ubat, setidaknya ada salinan preskripsi

5) Insulin dalam pen boleh bertahan selama 30 hari pada suhu bilik

6) Insulin yang belum digunakan mesti disimpan di dalam peti sejuk (suhu: 2-8 degree Celcius, bukan dalam freezer!)

7) Guna beg sejuk (atau cool box) yang berisi cold pack/ais untuk bawa insulin semasa perjalanan
- termasuk juga ubat lain yang perlu sentiasa disimpan dalam peti sejuk

8) Simpan ubat dalam bagasi tangan/handbag apabila bercuti
- jika travel naik kapal terbang, pastikan simpan ubat dalam carry on luggage dan bukan check in luggage. Check in luggage ada risiko untuk hilang

9) Beg yang mengandungi ubat mesti disimpan dalam kenderaan, jauh daripada cahaya matahari dan suhu tinggi

10) Jangan simpan inhaler di tempat yang terdedah kepada suhu tinggi
- inhaler tu boleh pecah di suhu tinggi (bahaya!), dan ubat dalam inhaler boleh jadi kurang berkesan


Semasa perjalanan

1) Bawa bersama beg berisi ubat ketika berhenti di R&R
- tak boleh tinggal dalam kereta yang panas, ubat boleh rosak


Sampai di destinasi

1) Simpan ubat jauh daripada kanak-kanak
- misalnya di tempat tinggi, dalam kabinet

2) Simpan ubat berasingan daripada ubat ahli keluarga yang lain
- walaupun ubat sama, tetapi elakkan supaya tak bercampur

3) Simpan semula insulin dalam peti sejuk
- termasuk ubat item sejuk yang lain


Selamat bercuti!
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

8 Apr 2014

Ubat Original vs Ubat Generik

Ramai patient yang datang ke farmasi dengan 3 situasi ni:

Situasi 1:

Patient yang datang untuk refill prescription: Ini ubat baru ke? Saya tak pernah makan ubat ni.
Sebenarnya ubat sama, cuma brand dah berubah maka packaging, bentuk, dan warna ubat berubah. Ini laa antara masalah bila kita kenal ubat ikut bentuk dan warna.

Situasi 2:

Patient: Ini bukan ubat saya, saya makan ubat Plavix, ini ubat lain.
Plavix merupakan nama brand ubat, nama sebenar ubat ialah Clopidogrel. Satu ubat kadangkala ada pelbagai brand, jadi bila kita kenal nama brand je, pun akan jadi masalah jugak.

Situasi 3:

Patient: Saya takmau ubat ni, bagi saya ubat original.
Tahukah anda, di Malaysia, ubat generik (atau ubat bukan branded) diwajibkan melalui bioequivalence testing?

Graf untuk membandingkan kepekatan ubat dalam darah, warna merah ialah ubat branded, warna biru ialah ubat generik, lebih kurang sama, kan?

29 Mar 2014

Kenali Ubat Anda

Kempen 'Kenali Ubat Anda' (Know Your Medicine) telah dilancarkan pada tahun 2007 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Tujuan utama ialah supaya pesakit lebih peka dengan ubat mereka dan menggunakan ubat secara rasional.

Soalannya ialah, adakah anda peka dengan ubat yang anda/ahli keluarga anda ambil?

:)

Ada pelbagai aspek dalam kempen Kenali Ubat Anda. Dalam entri kali ni, perkara yang saya nak tekankan ialah 5B - 5 'Betul'.



Okay, jom kita tengok label ubat dulu:

Ketika mengambil ubat, pastikan semua butiran peribadi adalah betul.