Showing posts with label Pharmacy student. Show all posts
Showing posts with label Pharmacy student. Show all posts

28 Sept 2014

Therapeutic Drug Monitoring (TDM) 101

Haaa! Selalunya bila mention TDM je, semua dah ketaq lutut. Hahaha.

Seingat aku masa student dan belajar pharmacokinetic dulu, memang perit nak menghafal formula dan therapeutic range. Honestly, it was one of my worst subjects.

Tapi masuk time PRP, takde laa perit sangat. Maknanya still perit jugak laa kan, haha. Tapi bila dah hari-hari buat benda tu, maka tak laa seperit zaman study.

Lagipun masa study, formula yang dipakai lain macam susahnya. Time PRP pakai shortcut formula je. Iye tak tipu. Jadi tak laa sesusah zaman study.

So, TDM tu apa?

Basically:

1) Ukur kepekatan drug dalam darah patient - ni pakai mesin, mesin akan keluarkan result

2) Determine sama ada level drug tu toxic, sub-therapeutic, atau okay - part ni kena calculate pakai formula, lepas tu compare dengan therapeutic range

3) Buat recommendation. Nak tukar dose? Nak tukar frequency? Nak maintain regimen? Sila decide.


Confused? Kalau dah buat rasanya tak confused sangat dah kot.

Hari-hari bergelumang dengan darah patient.

Apa tujuan buat TDM?

1) Nak determine atau adjust regimen ubat pesakit - dari segi dose dan frequency

2) Evaluate drug response

3) Check compliance patient

4) Nak elak atau check toxicity


Semua patient ke kena buat TDM ni?

Tak. Ada beberapa kriteria:

1) Patient yang ada renal failure, especially patient on dialysis

2) Patient yang ada hepatic impairment

3) Patient yang ada banyak concomittant diseases

4) Untuk drug yang ada narrow therapeutic range (kalau terlebih sikit jadi toxic, terkurang sikit jadi ineffective) - ie digoxin

5) Untuk drug yang ada dose-related toxicity (makin tinggi dos makin senang toxic) - ie antineoplastic agents

6) Untuk drug yang senang toxic - ie aminoglycosides and vancomycin

7) Untuk drug yang ada banyak interaction dengan drug lain - ie antiepileptics


Ada beberapa jenis ubat yang boleh buat TDM:

1) Aminoglycosides - Amikacin, Gentamicin

2) Vancomycin

3) Antiepileptics - Sodium Valproate, Phenytoin, Carbamazepine, Phenobarbitone

4) Digoxin

5) Aminophylline/Theophylline

6) Antineoplastics - Methotrexate, Cyclosporin, Tacrolimus

7) Paracetamol - for poisoning cases

8) Salicylate - for poisoning cases


Apa yang wajib tahu untuk TDM?

1) Sampling time - pre, post

2) Time to monitor plasma concentration - after dose started, how long does it take to reach steady state

3) Therapeutic range

4) Drug pharmacokinetics - penting untuk tau info apa yang perlu ada untuk setiap ubat tu


Sebenarnya lepas faham semua ni, TDM ni pakai common sense dan logik akal je. Mungkin aku akan explain selanjutnya di entri lain, kang takut tepu pula. Hiks :)

31 Aug 2014

Extemporaneous Preparation

Ini merupakan entri untuk beginners atau noobs: cara nak buat extemporaneous preparation.

Aku rasa most uni ajar macam mana nak buat extem ni, tapi ada jugak PRP yang sungguh-sungguh tak tau macam mana nak buat.

Ada sesetengah hospital mungkin PPF (Penolong Pegawai Farmasi) yang buatkan semua extem ni, tapi ambil laa peluang untuk belajar. Tak susah pun, dan skill yang sangat penting. Extem ni jugak adalah salah satu requirement dalam log book inpatient dan outpatient department yeee.



Ni buat zaman belajar dulu ni. Zaman first year yang masih innocent haha!


Okay, extemporaneous preparations ni mudah cerita, kena buat sirap. Itu je.

Sirap ada 3 jenis:
1) Yang dah ready made, siap dalam botol dan tinggal nak bagi kat patient je. Contoh, Syp. Sodium Valproate.

2) Yang datang dalam botol tapi powder form, maka sebelum bagi patient kena reconstitute dulu. Cuma tambahkan air suling dalam botol tu secukup rasa, goncangkan dan kemudian boleh dispense kepada patient. Contoh, kebanyakan sirap antibiotik - Syp. Amoxicillin, etc.

3) Yang memang kena buat dari A-Z.

Sirap jenis ketiga ni, selalunya dekat outpatient/inpatient akan ada buku senarai sirap mana yang kita boleh buat. Bukan semua jenis ubat kita boleh buat sirap. Maka kita ikut je laa arahan/resepi dalam formulari terbabit.

Contoh, kita nak buat Syp. Domperidone 1mg/ml untuk 50ml. Steps dia:

1) Tengok dose yang Doktor order. Ambil example, 1.8mg QID.

2) Strength sirap yang kita nak ialah 1mg/ml. Strength sirap ni kita boleh tentukan sendiri, atau ada yang memang kena ikut formulari sebijik-sebijik. Depends. Kemudian, strength tablet Domperidone yang ada ialah 10mg. Maka untuk buat 50ml sirap, kita perlu ambil 5 tablet = 50mg. 50mg bahagi 50ml = 1mg/ml.

3) Bukak formulari. Tengok laa untuk Syp. Domperidone, vehicle (liquid) apa yang kena pakai. Selalunya akan ada beberapa choice, such as Syrup Simplex, Distilled Water, Sodium Bicarbonate, X-temp, etc. Vehicle ni penting untuk stability dan solubility sesuatu sirap. Macam untuk Syp. Domperidone ni, kena pakai X-temp. Maka measure laa 50ml X-temp pakai measuring cylinder.


Kredit kepada tuan empunya gambar.


4) Crush tablets dalam mortar and pestle. Make sure betul-betul jadi powder yang halus. Kalau tak, sirap korang jadi berketul dan tak cantik. Cara nak crush tu bukan macam tumbuk sambal belacan yeee. Tekan tablet sampai pecah lepas tu triturate - macam kacau dalam bulatan laa sampai hancur.

5) Bila tablet dah hancur sampai mulus, tuangkan setengah daripada vehicle tadi. Triturate lagi - kacau dalam bulatan sampai sebati dan korang dapat sirap yang elegant. Tuangkan dalam botol plastik yang kosong.

6) Tuang baki vehicle yang setengah lagi tadi dalam mortar, sambung triturate sampai korang agak dah takde baki ubat dalam mortar tu. Ini adalah step kebanyakan noobs tak tau. Selalunya diorang tuang sekaligus je vehicle tu, takde bahagi separuh-separuh. Kemudian campurkan semua dalam botol plastik tadi.

7) Disebabkan X-temp ni merupakan vehicle yang agak pekat, memang bila ukur dalam botol takkan dapat tepat 50ml pun, selalunya akan kurang. Jangan tambah lagi vehicle nak bagi cukup jugak, nanti strength sirap tu akan jadi kurang.

8) Strength sirap kita tadi 1mg/ml, dan doktor nak 1.8mg QID, maka tulis/taip laa 'Minum 1.8ml empat kali sehari' dan labelkan di botol. Jangan lupa expiry date sekali - yang ni boleh refer buku formulari jugak.

9) Siap!

Susah ke? Bila baca mungkin nampak panjang laa kot, sebenarnya senang kacang je. Muehehe.

Yang paling kena berhati-hati ialah masa nak kira STRENGTH SIRAP dan DOSE korang. Biar laa double triple check pun. Calculation dia sebenarnya darab silang je tapi kadangkala boleh salah jugak.

Okay setakat tu je perkongsian berkaitan extemporaneous preparation, moga bermanfaat.