8 Apr 2014

Ubat Original vs Ubat Generik

Ramai patient yang datang ke farmasi dengan 3 situasi ni:

Situasi 1:

Patient yang datang untuk refill prescription: Ini ubat baru ke? Saya tak pernah makan ubat ni.
Sebenarnya ubat sama, cuma brand dah berubah maka packaging, bentuk, dan warna ubat berubah. Ini laa antara masalah bila kita kenal ubat ikut bentuk dan warna.

Situasi 2:

Patient: Ini bukan ubat saya, saya makan ubat Plavix, ini ubat lain.
Plavix merupakan nama brand ubat, nama sebenar ubat ialah Clopidogrel. Satu ubat kadangkala ada pelbagai brand, jadi bila kita kenal nama brand je, pun akan jadi masalah jugak.

Situasi 3:

Patient: Saya takmau ubat ni, bagi saya ubat original.
Tahukah anda, di Malaysia, ubat generik (atau ubat bukan branded) diwajibkan melalui bioequivalence testing?

Graf untuk membandingkan kepekatan ubat dalam darah, warna merah ialah ubat branded, warna biru ialah ubat generik, lebih kurang sama, kan?

Bioequivalence testing mengukur kepekatan darah dalam badan selepas kita mengambil ubat. Sesuatu ubat generik tu dianggap sebagai 'bioequivalent' dengan ubat branded apabila pengilang ubat generik dapat membuktikan ubat mereka mempunyai kepekatan dalam darah dan masa untuk bertindak dalam badan dalam lingkungan 80%-125% yang sama dengan ubat branded.


Kalau ubat tu sama, kenapa ubat generik jauh lebih murah?

Apabila ubat branded yang baru dipasarkan, selalunya ubat-ubat ini berada dalam lindungan paten, maka syarikat lain tak boleh memasarkan ubat yang sama sehingga 20 tahun.

Ini dilakukan supaya syarikat asal yang mengeluarkan ubat tersebut dapat regenerate kembali duit yang diorang laburkan untuk pelbagai kajian yang dibuat sebelum ubat tu boleh dipasarkan.

Lepas paten 20 tahun tu habis, mana-mana syarikat lain dah boleh pasarkan ubat yang sama, dan kos penghasilan dan pengeluaran tu tak laa sebanyak kos asal untuk keluarkan ubat tu, jadi sebab tu ubat generik boleh dijual dengan harga yang lebih murah sehingga 70% daripada ubat branded. [2]

Perlu diingatkan bahawa, ubat generik tu bukanlah ubat tak original, cuma bukan branded. Ubat tak original ni lebih merujuk kepada ubat counterfeit atau ubat palsu, iaitu ubat yang tak diluluskan untuk dijual oleh KKM.


Kenapa saya rasa macam ubat generik ni kurang berkesan daripada ubat branded?

Ini mungkin akibat nocebo effect. Nocebo ni ialah lawan kepada placebo effect -- apabila kita beri ubat yang tidak mengandungi bahan aktif kepada pesakit, namun kita terangkan kepada pesakit bahawa ubat tersebut mungkin boleh improve penyakit beliau. Setelah mengambil placebo tersebut, pesakit kata ubat yang dia ambil tu mampu improve penyakit beliau. Ini yang dinamakan placebo effect.

Situasi ni selalu berlaku dalam clinical trial, sebab kita nak uji keberkesanan ubat sebenar bila dibanding dengan placebo. Doktor takkan prescribe placebo kepada patient dan pharmacist pun takkan beri placebo kepada patient, jangan risau :)

Nocebo effect ialah sebaliknya -- pesakit ambil ubat yang sebenar, tapi beliau rasa ubat tu tak improve penyakit beliau, kadang-kadang ada juga yang cakap beliau rasa lagi teruk.

Sebenarnya hal perubatan ni berkait-rapat dengan minda kita. Kalau kita rasa ubat tu takkan buat kita jadi baik, maka ubat tu takkan berkesan kepada kita. Persepsi kita sendiri terhadap ubat tu banyak beri kesan.

Dan manusia, sebagai general rule, suka mengaitkan 'harga' dengan 'kualiti'.

Apabila ubat lebih mahal, kita akan rasa ubat tu lebih berkualiti, sedangkan takde beza pun.

Sebenarnya ubat branded ni lebih mahal sebab syarikat habiskan banyak duit untuk mempromosi ubat mereka, dan untuk buat packaging yang lebih cantik dan menarik. Jadi duit yang kita bayar lebih untuk ubat branded, adalah untuk iklan dan promosi syarikat branded.

Syarikat branded pun ada mengeluarkan versi generik sendiri untuk ubat branded mereka, sebab mereka tak nak hilang keuntungan apabila ubat branded mereka dah tamat tempoh paten.


Patient yang ambil ubat di hospital atau klinik kerajaan mungkin tak terasa terbeban nak bayar kos perubatan, tapi untuk pesakit yang beli dan bayar sendiri untuk ubat mereka, mereka boleh rasakan beban tersebut. Ubat bukanlah murah, jadi kita memang galakkan pesakit untuk tukar kepada ubat generik kalau tak mampu beli ubat branded.

Ada yang tak makan ubat sebab ubat mahal, jadi solution no 1 ialah: cuba tanya pharmacist anda, sama ada ubat yang anda makan tu ada versi generik atau tak.

Ada juga ubat generik yang tak setaraf dengan ubat branded, terutamanya ubat sakit mental, satu kes yang famous ialah generic untuk Wellbutrin XL, ubat antidepressant, sebab ubat ni ialah versi controlled-release, tapi malangnya penyerapan ubat generik tak sama dengan ubat branded.

Namun begitu, selagi ubat generik berfungsi untuk anda, tiada sebab untuk tukar kembali kepada ubat branded.

Cuma satu je nasihat yang saya ada: sebelum decide nak tukar kepada generic atau maintain dengan ubat branded, tanya pharmacist anda terlebih dahulu.


Rujukan:

1) Generic Drugs: Are They Equivalent?

2) Cheaper options from generic medications

3) Choosing generics

4) Generic medicines and branded medicines

5) [Wikipedia] Generic drug

6) FDA Pulls Generic Version of Wellbutrin XL 300mg

1 comment:

  1. generic medications in USA

    Thanks for such useful and informative content. I found that it is quite interesting and useful. Edcarerx.com is an online pharmacy store that sells the best Sildenafil Citrate – Generic Viagra – Generic ED medication to men suffering with erectile dysfunction, Impotency problem and premature ejaculation. We provide medicines at best reasonable price in USA. We have built up ourselves as a leader in the category of online pharmacies since the inception our operation. We have taken continuous efforts towards providing quality and high standard products to our customers by confirming to the standards of manufacturing and quality control. Before providing the medications we rectify the medicines through testing and checking of the products, the medications sold by us are approved by the FDA (Food and Drug Administration) due to the existence of the active ingredients in the product.

    ReplyDelete