31 Aug 2014

Extemporaneous Preparation

Ini merupakan entri untuk beginners atau noobs: cara nak buat extemporaneous preparation.

Aku rasa most uni ajar macam mana nak buat extem ni, tapi ada jugak PRP yang sungguh-sungguh tak tau macam mana nak buat.

Ada sesetengah hospital mungkin PPF (Penolong Pegawai Farmasi) yang buatkan semua extem ni, tapi ambil laa peluang untuk belajar. Tak susah pun, dan skill yang sangat penting. Extem ni jugak adalah salah satu requirement dalam log book inpatient dan outpatient department yeee.



Ni buat zaman belajar dulu ni. Zaman first year yang masih innocent haha!


Okay, extemporaneous preparations ni mudah cerita, kena buat sirap. Itu je.

Sirap ada 3 jenis:
1) Yang dah ready made, siap dalam botol dan tinggal nak bagi kat patient je. Contoh, Syp. Sodium Valproate.

2) Yang datang dalam botol tapi powder form, maka sebelum bagi patient kena reconstitute dulu. Cuma tambahkan air suling dalam botol tu secukup rasa, goncangkan dan kemudian boleh dispense kepada patient. Contoh, kebanyakan sirap antibiotik - Syp. Amoxicillin, etc.

3) Yang memang kena buat dari A-Z.

Sirap jenis ketiga ni, selalunya dekat outpatient/inpatient akan ada buku senarai sirap mana yang kita boleh buat. Bukan semua jenis ubat kita boleh buat sirap. Maka kita ikut je laa arahan/resepi dalam formulari terbabit.

Contoh, kita nak buat Syp. Domperidone 1mg/ml untuk 50ml. Steps dia:

1) Tengok dose yang Doktor order. Ambil example, 1.8mg QID.

2) Strength sirap yang kita nak ialah 1mg/ml. Strength sirap ni kita boleh tentukan sendiri, atau ada yang memang kena ikut formulari sebijik-sebijik. Depends. Kemudian, strength tablet Domperidone yang ada ialah 10mg. Maka untuk buat 50ml sirap, kita perlu ambil 5 tablet = 50mg. 50mg bahagi 50ml = 1mg/ml.

3) Bukak formulari. Tengok laa untuk Syp. Domperidone, vehicle (liquid) apa yang kena pakai. Selalunya akan ada beberapa choice, such as Syrup Simplex, Distilled Water, Sodium Bicarbonate, X-temp, etc. Vehicle ni penting untuk stability dan solubility sesuatu sirap. Macam untuk Syp. Domperidone ni, kena pakai X-temp. Maka measure laa 50ml X-temp pakai measuring cylinder.


Kredit kepada tuan empunya gambar.


4) Crush tablets dalam mortar and pestle. Make sure betul-betul jadi powder yang halus. Kalau tak, sirap korang jadi berketul dan tak cantik. Cara nak crush tu bukan macam tumbuk sambal belacan yeee. Tekan tablet sampai pecah lepas tu triturate - macam kacau dalam bulatan laa sampai hancur.

5) Bila tablet dah hancur sampai mulus, tuangkan setengah daripada vehicle tadi. Triturate lagi - kacau dalam bulatan sampai sebati dan korang dapat sirap yang elegant. Tuangkan dalam botol plastik yang kosong.

6) Tuang baki vehicle yang setengah lagi tadi dalam mortar, sambung triturate sampai korang agak dah takde baki ubat dalam mortar tu. Ini adalah step kebanyakan noobs tak tau. Selalunya diorang tuang sekaligus je vehicle tu, takde bahagi separuh-separuh. Kemudian campurkan semua dalam botol plastik tadi.

7) Disebabkan X-temp ni merupakan vehicle yang agak pekat, memang bila ukur dalam botol takkan dapat tepat 50ml pun, selalunya akan kurang. Jangan tambah lagi vehicle nak bagi cukup jugak, nanti strength sirap tu akan jadi kurang.

8) Strength sirap kita tadi 1mg/ml, dan doktor nak 1.8mg QID, maka tulis/taip laa 'Minum 1.8ml empat kali sehari' dan labelkan di botol. Jangan lupa expiry date sekali - yang ni boleh refer buku formulari jugak.

9) Siap!

Susah ke? Bila baca mungkin nampak panjang laa kot, sebenarnya senang kacang je. Muehehe.

Yang paling kena berhati-hati ialah masa nak kira STRENGTH SIRAP dan DOSE korang. Biar laa double triple check pun. Calculation dia sebenarnya darab silang je tapi kadangkala boleh salah jugak.

Okay setakat tu je perkongsian berkaitan extemporaneous preparation, moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment