28 Sept 2014

Therapeutic Drug Monitoring (TDM) 101

Haaa! Selalunya bila mention TDM je, semua dah ketaq lutut. Hahaha.

Seingat aku masa student dan belajar pharmacokinetic dulu, memang perit nak menghafal formula dan therapeutic range. Honestly, it was one of my worst subjects.

Tapi masuk time PRP, takde laa perit sangat. Maknanya still perit jugak laa kan, haha. Tapi bila dah hari-hari buat benda tu, maka tak laa seperit zaman study.

Lagipun masa study, formula yang dipakai lain macam susahnya. Time PRP pakai shortcut formula je. Iye tak tipu. Jadi tak laa sesusah zaman study.

So, TDM tu apa?

Basically:

1) Ukur kepekatan drug dalam darah patient - ni pakai mesin, mesin akan keluarkan result

2) Determine sama ada level drug tu toxic, sub-therapeutic, atau okay - part ni kena calculate pakai formula, lepas tu compare dengan therapeutic range

3) Buat recommendation. Nak tukar dose? Nak tukar frequency? Nak maintain regimen? Sila decide.


Confused? Kalau dah buat rasanya tak confused sangat dah kot.

Hari-hari bergelumang dengan darah patient.

Apa tujuan buat TDM?

1) Nak determine atau adjust regimen ubat pesakit - dari segi dose dan frequency

2) Evaluate drug response

3) Check compliance patient

4) Nak elak atau check toxicity


Semua patient ke kena buat TDM ni?

Tak. Ada beberapa kriteria:

1) Patient yang ada renal failure, especially patient on dialysis

2) Patient yang ada hepatic impairment

3) Patient yang ada banyak concomittant diseases

4) Untuk drug yang ada narrow therapeutic range (kalau terlebih sikit jadi toxic, terkurang sikit jadi ineffective) - ie digoxin

5) Untuk drug yang ada dose-related toxicity (makin tinggi dos makin senang toxic) - ie antineoplastic agents

6) Untuk drug yang senang toxic - ie aminoglycosides and vancomycin

7) Untuk drug yang ada banyak interaction dengan drug lain - ie antiepileptics


Ada beberapa jenis ubat yang boleh buat TDM:

1) Aminoglycosides - Amikacin, Gentamicin

2) Vancomycin

3) Antiepileptics - Sodium Valproate, Phenytoin, Carbamazepine, Phenobarbitone

4) Digoxin

5) Aminophylline/Theophylline

6) Antineoplastics - Methotrexate, Cyclosporin, Tacrolimus

7) Paracetamol - for poisoning cases

8) Salicylate - for poisoning cases


Apa yang wajib tahu untuk TDM?

1) Sampling time - pre, post

2) Time to monitor plasma concentration - after dose started, how long does it take to reach steady state

3) Therapeutic range

4) Drug pharmacokinetics - penting untuk tau info apa yang perlu ada untuk setiap ubat tu


Sebenarnya lepas faham semua ni, TDM ni pakai common sense dan logik akal je. Mungkin aku akan explain selanjutnya di entri lain, kang takut tepu pula. Hiks :)

1 comment:

  1. Slm, Sy cuma nak perkenalkan Pinang Pharmacy, Pinang Pharmacy ™ sudah bertapak di Pulau pinang sejak tahun 2000 (dikenali sebagai Farmasi Harmoni, di Perda, Seberang Perai) !00% milik bumiputera, dan mula berkembang antaranya berada di Perda, Bayan Baru, Teluk Kumbar, Juru dan Padang Serai.

    ReplyDelete