28 Mar 2014

Apa itu tablet?


Bila tanya pasal ubat tablet, apa yang terlintas dalam kepala korang?

'Alaaa ubat warna putih yang bulat-bulat kecik tu, ada jugak bentuk bujur'

Itu jawapan standard laa kan. Selain bentuk bulat dengan bujur, ada jugak tablet bentuk segi empat (T. Tramadol), bentuk hati (T. Bisoprolol), dan tablet yang bercorak.

Okay, selain daripada bentuk dia, apa lagi yang korang tau pasal tablet?

Krik krik krik...


Hahaha.

Okay okay, ni aku ambil kira pengetahuan am kebanyakan orang je laa. Sesetengah orang tu, kapsul dengan tablet pun dia tak boleh bezakan. (Rujuk SINI)

So, meh laa aku terangkan sedikit sebanyak pasal tablet ni.

Secara mudahnya, tablet merupakan ubat yang 'ditekan' menggunakan mesin kepada bentuk yang diingini. Tablet tu selalunya disalut (coated) supaya lebih mudah ditelan dan tak rasa pahit apabila diletak kat lidah. Tablet mengandungi dua bahan - active ingredient iaitu ubat dan filler iaitu bahan tak aktif yang diletakkan supaya tablet tersebut lebih mudah 'ditekan'.

Tablet yang berkualiti baik mestilah tak mudah pecah/retak tapi tak terlalu keras sampai tak terurai lepas ditelan. Kalau tablet tak terurai, ubat tak boleh nak diserap daripada usus masuk ke dalam darah.


Pernah nampak tak ada 'score' dekat tablet - satu garis yang membahagikan tablet tersebut kepada dua?

Nampak garisan tu? Itu yang dipanggil 'score'.

Kalau ada score tu, maknanya tablet tu boleh dipotong dan dimakan setengah. Ada jugak ubat yang boleh dipotong empat dan dimakan suku. Kalau takde 'score' tu, sila jangan memandai-mandai potong yerrr.

Selalunya akan ada arahan 'ubat ini harus ditelan penuh', dalam bahasa omputih, 'must be swallowed whole'. Kalau dipotong jugak, kesan ubat pada badan akan berubah, sama ada kurang, lebih, atau takde kesan langsung.

Berbeza dengan kapsul, kapsul memang tak boleh dipotong. Habis berterabur ubat dalam kapsul tu nanti. Ubat dalam kapsul berbentuk serbuk (powder) atau biji-biji kecik.

Ni namanya pill-splitter. Nak kerat ubat pakai ni senang sikit, sebab blade dia tajam. Tak perlu pakai pisau rumah.

Setakat ni okay ye? :)

Okay, point seterusnya - jenis-jenis tablet.

Kebanyakan tablet ialah jenis immediate release - bila makan terus terurai dalam perut dan diserap di usus, masuk ke dalam darah.

Ada jenis tablet yang pakai teknologi dan fizik sikit, iaitu:

  • controlled release (CR)
  • sustained release (SR)
  • extended release (XR)
  • modified release (MR)



Contoh ubat yang 'special' sikit.

Tablet jenis ni akan terurai perlahan-lahan dalam perut dan usus, maka kesan dia kepada badan lebih lama, so that kita tak payah makan ubat tu banyak kali dalam sehari untuk dapatkan kesan yang sama.

(Slower release of drug from tablet = longer action of drug)

Ada jugak tablet jenis enteric-coated. Selalunya ubat yang menggunakan teknologi ni tak boleh berfungsi bila terdedah pada asid, dan seperti yang kita tahu, perut kita ni berasid. So saintis design tablet ni supaya terurai bila terdedah dengan suasana alkali iaitu di usus, dan bukan di perut.

Begitu jugak sebaliknya, ada tablet enteric-coated yang membolehkan ubat tu bertindak di perut sahaja, dan bukan di mulut atau usus.

Selalunya tablet enteric-coated berbentuk bulat dan takde 'score' = tak boleh dikerat.
Haaa.. Banyak jenis teknologi ubat ni. Nampak mudah kan, tablet je, rupanya boleh buat esei pasal tablet ni. Hihi :)

Ada banyak lagi jenis ubat sebenarnya, tapi cukup cover yang basic ni je okay, nanti banyak-banyak pening pulak :) Sekian.

No comments:

Post a Comment