27 Mar 2014

Kenali dosage form anda

Hari ni saya nak terangkan tentang kebanyakan jenis dosage form yang orang ramai selalu ambil, tapi mungkin kurang arif tentang namanya.

Dosage form ni kalau diterjemahkan kepada BM ialah 'bentuk dosej'. Ada banyak cara untuk kita bagi ubat kepada patient, paling utama of course laa secara oral -- ubat makan. Bentuk dosej yang akan dipreskrib doktor ialah bergantung kepada cara pemberian ubat, seperti:
  • oral (tablet, kapsul, sirap, dsbg)
  • injection (IM, ID, IV, SC, IO, IT, etc), 
  • topical (bentuk dosej ubat untuk sakit kulit ialah seperti losyen, krim, dsbg, ubat titis mata, telinga, hidung), 
  • inhalation (ubat untuk disedut, terutamanya untuk penyakit asma)
  • dan macam-macam lagi

Dalam entri ni, saya cuma nak kenalkan dengan bentuk ubat yang paling biasa kita pakai dan yang paling selalu kita jumpa di kedai-kedai farmasi.

1) Tablet

T. Clonazepam 2mg



Tablet ni selalunya bulat, kalau bujur nama glemernya ialah 'caplet'. Selain bulat, ada jugak yang berbentuk hati, bercorak, dan sebagainya.

Nampak mudah, tapi banyak benda boleh diceritakan tentang tablet ni. Info selanjutnya: Apa itu tablet?


2) Kapsul

Cap. Amoxycillin 500mg
Kapsul ni berbentuk bujur dan boleh dibuka. Ubat yang ada dalam kapsul berbentuk serbuk (powder) atau biji kecil (granules). Digalakkan untuk telan tanpa dipotong/dibuka.

Dalam movie/cerita drama selalu tunjuk orang buka kapsul lepas tu campurkan ubat dalam air (selalunya sebab nak buat tak elok kat orang lain laa kan, haaaa). Ini tak digalakkan, sebab ada ubat yang tak larut dalam air. Sebelum buat macam ni, confirm kan dengan pharmacist anda dulu.


3) Ubat serbuk untuk dilarutkan dalam air

Ubat larut dalam air ni ada pelbagai jenis, contohnya Panadol Soluble, ambil sebiji lepas tu masuk dalam air. Ubat jenis ni kita panggil dispersible/soluble tablet.

T. Aspirin 150mg (Soluble)
Tapi kalau serbuk untuk dilarutkan dalam air, yang paling famous ialah oral rehydration salt (ORS) atau air garam. Selalu diberi untuk cirit-birit atau muntah, untuk seimbangkan semula cecair dan elektrolit dalam badan.


Serbuk ni selalunya diletakkan dalam paket atau sachet, dan cara gunanya ialah larutkan satu paket serbuk dalam segelas air (250ml) dan minum.

Ubat lain yang famous ialah Ural sachet, digunakan kalau ada batu karang atau masalah dengan pundi kencing (urinary tract).


4) Sirap

Syp. Paracetamol 120mg/5ml
Ubat berbentuk sirap ni selalunya kita bagi untuk kanak-kanak yang belum boleh telan ubat yang besar. (Orang dewasa jangan laa request nak ubat sirap tanpa sebab yang munasabah ye, malu dengan budak-budak. Hihi)

Selalunya ubat antibiotik, ubat demam, ubat batuk, dan ubat selesema ada dalam bentuk sirap.

Kadangkala orang yang bagi ubat tu akan bagitau, minum pakai sudu kecil atau sudu besar. Anggaran dos untuk satu sudu kecil ialah 5ml, dan satu sudu besar ialah 15ml. Tapi memandangkan sudu ni ada pelbagai jenis dan saiz, lagi elok minta je picagari (syringe) daripada farmasi untuk mendapatkan ukuran dos yang lebih tepat.


5) Suspension


Ubat berbentuk suspension ni sama je dengan sirap, cuma suspension ni kena goncang dulu sebelum pakai. Kenapa? Sebab ubat tu jenis yang tak larut dalam air, jadi bila dibiarkan lama, ubat akan turun ke bawah, dan cecair akan naik ke atas. Jadi kalau tak goncang, yang anda minum tu cecair je dan bukan ubat.


6) Emulsion

Ni bukan promosi ye, hehe. Gambar diambil daripada blog orang lain, mohon izin.
Emulsion yang paling famous ialah: Scott's emulsion :)

Emulsion ni ialah sejenis ubat air yang terdiri daripada campuran dua cecair, iaitu minyak dan air. Seperti yang kita tau, minyak dan air tak boleh dicampur, sebab tu kita tambahkan emulsifying agent supaya dua cecair ni boleh dicampur dengan sebati.

Sama macam suspension, ubat emulsion pun kena digoncang sebelum diminum.


7) Suppository

Supp. Paracetamol 250mg
Suppository ni lebih dikenali sebagai 'ubat masuk punggung', berbentuk seperti peluru (bullet). Selalunya dipakai untuk kanak-kanak bila demam, tapi ada juga suppository yang digunakan untuk penyakit seperti buasir (hemorrhoid) atau sembelit.

Ramai yang tak tau, sebenarnya kalau nak belah suppository ni, kena belah secara memanjang dan bukan melintang. Kalau belah secara melintang, dos ubat dalam kedua bahagian tu tak sama.

Kalau rasa suppository tu terlalu lembik, keraskan dengan cara letak dalam peti sejuk untuk beberapa minit sebelum buka pembalut ubat tu.


8) Pessary

Ubat pessary ni sama seperti suppository, tapi dimasukkan ke dalam faraj. Maka, pessary ni khas untuk golongan wanita je. Selalunya dipakai untuk bunuh kuman atau sebagai terapi hormon. Pessary ni selalunya diberikan untuk pakai sebelum tidur.


Setakat ini sahaja dulu, mungkin di lain entri boleh diterangkan lagi tentang bentuk dosej lain pula ye.

No comments:

Post a Comment