28 Sept 2014

Therapeutic Drug Monitoring (TDM) 101

Haaa! Selalunya bila mention TDM je, semua dah ketaq lutut. Hahaha.

Seingat aku masa student dan belajar pharmacokinetic dulu, memang perit nak menghafal formula dan therapeutic range. Honestly, it was one of my worst subjects.

Tapi masuk time PRP, takde laa perit sangat. Maknanya still perit jugak laa kan, haha. Tapi bila dah hari-hari buat benda tu, maka tak laa seperit zaman study.

Lagipun masa study, formula yang dipakai lain macam susahnya. Time PRP pakai shortcut formula je. Iye tak tipu. Jadi tak laa sesusah zaman study.

So, TDM tu apa?

Basically:

1) Ukur kepekatan drug dalam darah patient - ni pakai mesin, mesin akan keluarkan result

2) Determine sama ada level drug tu toxic, sub-therapeutic, atau okay - part ni kena calculate pakai formula, lepas tu compare dengan therapeutic range

3) Buat recommendation. Nak tukar dose? Nak tukar frequency? Nak maintain regimen? Sila decide.


Confused? Kalau dah buat rasanya tak confused sangat dah kot.

Hari-hari bergelumang dengan darah patient.

Apa tujuan buat TDM?

1) Nak determine atau adjust regimen ubat pesakit - dari segi dose dan frequency

2) Evaluate drug response

3) Check compliance patient

4) Nak elak atau check toxicity


Semua patient ke kena buat TDM ni?

Tak. Ada beberapa kriteria:

1) Patient yang ada renal failure, especially patient on dialysis

2) Patient yang ada hepatic impairment

3) Patient yang ada banyak concomittant diseases

4) Untuk drug yang ada narrow therapeutic range (kalau terlebih sikit jadi toxic, terkurang sikit jadi ineffective) - ie digoxin

5) Untuk drug yang ada dose-related toxicity (makin tinggi dos makin senang toxic) - ie antineoplastic agents

6) Untuk drug yang senang toxic - ie aminoglycosides and vancomycin

7) Untuk drug yang ada banyak interaction dengan drug lain - ie antiepileptics


Ada beberapa jenis ubat yang boleh buat TDM:

1) Aminoglycosides - Amikacin, Gentamicin

2) Vancomycin

3) Antiepileptics - Sodium Valproate, Phenytoin, Carbamazepine, Phenobarbitone

4) Digoxin

5) Aminophylline/Theophylline

6) Antineoplastics - Methotrexate, Cyclosporin, Tacrolimus

7) Paracetamol - for poisoning cases

8) Salicylate - for poisoning cases


Apa yang wajib tahu untuk TDM?

1) Sampling time - pre, post

2) Time to monitor plasma concentration - after dose started, how long does it take to reach steady state

3) Therapeutic range

4) Drug pharmacokinetics - penting untuk tau info apa yang perlu ada untuk setiap ubat tu


Sebenarnya lepas faham semua ni, TDM ni pakai common sense dan logik akal je. Mungkin aku akan explain selanjutnya di entri lain, kang takut tepu pula. Hiks :)

31 Aug 2014

Extemporaneous Preparation

Ini merupakan entri untuk beginners atau noobs: cara nak buat extemporaneous preparation.

Aku rasa most uni ajar macam mana nak buat extem ni, tapi ada jugak PRP yang sungguh-sungguh tak tau macam mana nak buat.

Ada sesetengah hospital mungkin PPF (Penolong Pegawai Farmasi) yang buatkan semua extem ni, tapi ambil laa peluang untuk belajar. Tak susah pun, dan skill yang sangat penting. Extem ni jugak adalah salah satu requirement dalam log book inpatient dan outpatient department yeee.



Ni buat zaman belajar dulu ni. Zaman first year yang masih innocent haha!


Okay, extemporaneous preparations ni mudah cerita, kena buat sirap. Itu je.

Sirap ada 3 jenis:
1) Yang dah ready made, siap dalam botol dan tinggal nak bagi kat patient je. Contoh, Syp. Sodium Valproate.

2) Yang datang dalam botol tapi powder form, maka sebelum bagi patient kena reconstitute dulu. Cuma tambahkan air suling dalam botol tu secukup rasa, goncangkan dan kemudian boleh dispense kepada patient. Contoh, kebanyakan sirap antibiotik - Syp. Amoxicillin, etc.

3) Yang memang kena buat dari A-Z.

Sirap jenis ketiga ni, selalunya dekat outpatient/inpatient akan ada buku senarai sirap mana yang kita boleh buat. Bukan semua jenis ubat kita boleh buat sirap. Maka kita ikut je laa arahan/resepi dalam formulari terbabit.

Contoh, kita nak buat Syp. Domperidone 1mg/ml untuk 50ml. Steps dia:

1) Tengok dose yang Doktor order. Ambil example, 1.8mg QID.

2) Strength sirap yang kita nak ialah 1mg/ml. Strength sirap ni kita boleh tentukan sendiri, atau ada yang memang kena ikut formulari sebijik-sebijik. Depends. Kemudian, strength tablet Domperidone yang ada ialah 10mg. Maka untuk buat 50ml sirap, kita perlu ambil 5 tablet = 50mg. 50mg bahagi 50ml = 1mg/ml.

3) Bukak formulari. Tengok laa untuk Syp. Domperidone, vehicle (liquid) apa yang kena pakai. Selalunya akan ada beberapa choice, such as Syrup Simplex, Distilled Water, Sodium Bicarbonate, X-temp, etc. Vehicle ni penting untuk stability dan solubility sesuatu sirap. Macam untuk Syp. Domperidone ni, kena pakai X-temp. Maka measure laa 50ml X-temp pakai measuring cylinder.


Kredit kepada tuan empunya gambar.


4) Crush tablets dalam mortar and pestle. Make sure betul-betul jadi powder yang halus. Kalau tak, sirap korang jadi berketul dan tak cantik. Cara nak crush tu bukan macam tumbuk sambal belacan yeee. Tekan tablet sampai pecah lepas tu triturate - macam kacau dalam bulatan laa sampai hancur.

5) Bila tablet dah hancur sampai mulus, tuangkan setengah daripada vehicle tadi. Triturate lagi - kacau dalam bulatan sampai sebati dan korang dapat sirap yang elegant. Tuangkan dalam botol plastik yang kosong.

6) Tuang baki vehicle yang setengah lagi tadi dalam mortar, sambung triturate sampai korang agak dah takde baki ubat dalam mortar tu. Ini adalah step kebanyakan noobs tak tau. Selalunya diorang tuang sekaligus je vehicle tu, takde bahagi separuh-separuh. Kemudian campurkan semua dalam botol plastik tadi.

7) Disebabkan X-temp ni merupakan vehicle yang agak pekat, memang bila ukur dalam botol takkan dapat tepat 50ml pun, selalunya akan kurang. Jangan tambah lagi vehicle nak bagi cukup jugak, nanti strength sirap tu akan jadi kurang.

8) Strength sirap kita tadi 1mg/ml, dan doktor nak 1.8mg QID, maka tulis/taip laa 'Minum 1.8ml empat kali sehari' dan labelkan di botol. Jangan lupa expiry date sekali - yang ni boleh refer buku formulari jugak.

9) Siap!

Susah ke? Bila baca mungkin nampak panjang laa kot, sebenarnya senang kacang je. Muehehe.

Yang paling kena berhati-hati ialah masa nak kira STRENGTH SIRAP dan DOSE korang. Biar laa double triple check pun. Calculation dia sebenarnya darab silang je tapi kadangkala boleh salah jugak.

Okay setakat tu je perkongsian berkaitan extemporaneous preparation, moga bermanfaat.

8 Apr 2014

Ubat Original vs Ubat Generik

Ramai patient yang datang ke farmasi dengan 3 situasi ni:

Situasi 1:

Patient yang datang untuk refill prescription: Ini ubat baru ke? Saya tak pernah makan ubat ni.
Sebenarnya ubat sama, cuma brand dah berubah maka packaging, bentuk, dan warna ubat berubah. Ini laa antara masalah bila kita kenal ubat ikut bentuk dan warna.

Situasi 2:

Patient: Ini bukan ubat saya, saya makan ubat Plavix, ini ubat lain.
Plavix merupakan nama brand ubat, nama sebenar ubat ialah Clopidogrel. Satu ubat kadangkala ada pelbagai brand, jadi bila kita kenal nama brand je, pun akan jadi masalah jugak.

Situasi 3:

Patient: Saya takmau ubat ni, bagi saya ubat original.
Tahukah anda, di Malaysia, ubat generik (atau ubat bukan branded) diwajibkan melalui bioequivalence testing?

Graf untuk membandingkan kepekatan ubat dalam darah, warna merah ialah ubat branded, warna biru ialah ubat generik, lebih kurang sama, kan?

31 Mar 2014

Panadol Regular vs Panadol Actifast - Apa bezanya?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, apa yang membezakan Panadol Regular dengan Panadol Actifast? Mana lagi berkesan?

Jeng jeng jeng..

Panadol biasa

Panadol Actifast

Packaging baru

29 Mar 2014

Kenali Ubat Anda

Kempen 'Kenali Ubat Anda' (Know Your Medicine) telah dilancarkan pada tahun 2007 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Tujuan utama ialah supaya pesakit lebih peka dengan ubat mereka dan menggunakan ubat secara rasional.

Soalannya ialah, adakah anda peka dengan ubat yang anda/ahli keluarga anda ambil?

:)

Ada pelbagai aspek dalam kempen Kenali Ubat Anda. Dalam entri kali ni, perkara yang saya nak tekankan ialah 5B - 5 'Betul'.



Okay, jom kita tengok label ubat dulu:

Ketika mengambil ubat, pastikan semua butiran peribadi adalah betul.

28 Mar 2014

Apa itu tablet?


Bila tanya pasal ubat tablet, apa yang terlintas dalam kepala korang?

'Alaaa ubat warna putih yang bulat-bulat kecik tu, ada jugak bentuk bujur'

Itu jawapan standard laa kan. Selain bentuk bulat dengan bujur, ada jugak tablet bentuk segi empat (T. Tramadol), bentuk hati (T. Bisoprolol), dan tablet yang bercorak.

Okay, selain daripada bentuk dia, apa lagi yang korang tau pasal tablet?

Krik krik krik...

27 Mar 2014

Kenali dosage form anda

Hari ni saya nak terangkan tentang kebanyakan jenis dosage form yang orang ramai selalu ambil, tapi mungkin kurang arif tentang namanya.

Dosage form ni kalau diterjemahkan kepada BM ialah 'bentuk dosej'. Ada banyak cara untuk kita bagi ubat kepada patient, paling utama of course laa secara oral -- ubat makan. Bentuk dosej yang akan dipreskrib doktor ialah bergantung kepada cara pemberian ubat, seperti:
  • oral (tablet, kapsul, sirap, dsbg)
  • injection (IM, ID, IV, SC, IO, IT, etc), 
  • topical (bentuk dosej ubat untuk sakit kulit ialah seperti losyen, krim, dsbg, ubat titis mata, telinga, hidung), 
  • inhalation (ubat untuk disedut, terutamanya untuk penyakit asma)
  • dan macam-macam lagi

Dalam entri ni, saya cuma nak kenalkan dengan bentuk ubat yang paling biasa kita pakai dan yang paling selalu kita jumpa di kedai-kedai farmasi.

1) Tablet

T. Clonazepam 2mg


26 Mar 2014

Pengenalan

Bismillahirahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Okay, boleh mula.

Tujuan saya start blog ni ialah untuk mendidik. Dalam bahasa omputih, educate.

Lepas dah kerja dan tengok dengan mata sendiri, betapa ramainya orang yang datang ke farmasi hospital dan ambil ubat hari demi hari, saya percaya yang ramai pulang ke rumah sekadar dengan arahan 'ni ubat demam, makan dua biji empat kali sehari'.

Dan ramai tak tahu ubat apa yang dia ambil, kenapa dia perlu ambil ubat tu, dan apa kesan sampingan (side effect) ubat tu.

Side effect apa yang normal dan tak perlu dirisaukan? Dan side effect apa yang tak normal dan perlu dirujuk segera kepada doktor?

Apa pula beza side effect dengan alahan (allergy) kepada ubat?

Jeng jeng jeng..


Jangan terlalu cepat salahkan ahli farmasi yang dispense ubat kat kaunter hospital tu. Selalunya, dia kejar masa. Nak bagi 5 minit untuk satu patient pun kadangkala tak sempat.

Jangan juga tuding jari pada doktor. Dia pun ada terlalu ramai pesakit yang perlu perhatian dia.

Saya pun tak rasa, hospital adalah tempat yang paling optimum untuk beri didikan kepada patient. Sebab masa terlalu singkat dan patient terlalu ramai. Itu hakikat.

Sebab tu saya berpaling kepada blog.


Kesihatan bermula daripada diri sendiri. Itu yang paling penting.

Kalau ada atok nenek, mak ayah yang ambil ubat untuk jangka panjang (contoh: ubat untuk darah tinggi, kencing manis) yang diorang kena makan hari-hari, tengok-tengokkan laa ubat diorang. Ambil tahu laa pasal sakit diorang.

Orang tua ni bukannya apa, kadang-kadang dah tak boleh nak faham, tugas kita laa sebagai anak untuk jaga diorang. Bila doktor cakap, kadang-kadang dia tak nak dengar sebab dia tak percaya doktor tu. Berbeza dengan anak. Kalau anak cakap, mesti dia percaya.

Sebab tu pendidikan kesihatan tu amat penting, walaupun awak tu engineer ke akauntan ke lawyer ke. Sebab mak ayah duduk kat rumah dengan anak-anak, bukan dengan doktor yang mana memang jadi kewajipan dia untuk care pasal patient.


Dalam blog ni, saya akan cover segala topik yang saya rasakan patient (ataupun caretaker) patut tahu. Kalau ada soalan etc pun, insyaAllah saya akan jawab semampu yang boleh.

Penyampaian saya dalam blog ni memang bersahaja, macam cakap dengan kawan je. Saya akan try untuk tak guna medical jargon yang complicated sampai orang biasa tak boleh faham. Kalau nak info yang disampaikan dengan cara formal, boleh rujuk Malaysian Medical Gazette.

Saya suka website MMG tu, sebab yang ada kat situ semua healthcare professional. Jadi takde sebab untuk syak wasangka nasihat yang diberikan dalam website tu.

Selain daripada tu, saya akan cover juga sedikit sebanyak topik yang penting untuk pelajar farmasi tahu. Mungkin topik ringkas je laa, yang boleh dijadikan rujukan sampingan.

Saya akan kongsi jugak pengalaman bekerja sebagai ahli farmasi di hospital kerajaan, sebab ramai yang tak tahu apa yang ahli farmasi buat sebenarnya, selain bagi ubat di kaunter.

Kena tau, bidang tugas dan pengetahuan ahli farmasi tak sama dengan doktor mahupun nurse. Ahli farmasi ni jadi rujukan untuk segala yang berkaitan dengan ubat sahaja. Jadi kalau ada yang tanya, 'saya demam, batuk berdarah, saya sakit apa sebenarnya?', maaf, saya tak boleh jawab.

Saya tau basic penyakit, tapi tak pernah di-'train' untuk diagnos penyakit. Tanya laa apa sahaja pasal ubat, insyaAllah boleh jawab. Tapi berkaitan penyakit, wajib rujuk doktor. Okay?


InsyaAllah bakal bersambung lagi di kemudian entri, sekian :)